Piagam Pelanggan
-
Mengimarahkan perhubungan dan silaturrahim antara rakyat dan organisasi Yayasan Islam Perlis;
- Menjalankan urusan selari dengan dasar penerapan nilai-nilai dan dasar-dasar kerajaan;
- Khidmat nasihat dan menjawab kemusykilan pelanggan dengan seberapa segera, tepat dan mesra meliputi aspek-aspek pendidikan, ekonomi dan sosial;
- Mempercepatkan sesuatu proses yang melibatkan bidang kuasa Yayasan Islam Perlis dan orang ramai;
- Menjalankan usaha menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan pendidikan Islam di negeri ini serta menimbulkan kesedaran dan perasaan keislaman dikalangan rakyat dengan efisyen;
- Menjana institusi-institusi pendidikan Islam negeri Perlis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga falsafah pendidikan Yayasan Islam Perlis;
- Menjamin pembentukan insan rabbani yang seimbang dari segi akal, intelek, emosi dan jasmani melalui institusi pendidikan Yayasan Islam Perlis;
- Memberi keutamaan dalam memartabatkan ekonomi pendidikan dan sosial umat Islam;
- Menjalankan pentadbiran dari perspektif perniagaan dan pelaburan yang efisyen bagi matlamat Yayasan Islam Perlis ke arah pembangunan rakyat dan agama Islam di negeri Perlis.
keatas dan Firefox 3.5
keatas. Resolusi terbaik 1024 x 768