Latar Belakang

  • Yayasan Islam Perlis ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 4 Tahun 1987 setelah menerima perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2 September 1987 dan melalui kelulusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang di dalam Dewan Undangan Negeri pada 28 April 1987.
  • Memulakan urusan pentadbirannya di pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis (UPEN) dengan melantik pengarah UPEN secara pinjaman sebagai pengarah Yayasan Islam Perlis yang pertama dan juga bendahari negeri Perlis sebagai bendahari pinjaman kepada Yayasan Islam Perlis.
  • Pada Oktober 1989, urusan pentadbiran Yayasan Islam Perlis telah berpindah ke bangunan sendiri hasil daripada sumbangan ikhlas daripada individu tertentu. Pada masa yang sama pengarah sepenuh masa Yayasan Islam Perlis telah dilantik beserta dengan beberapa kakitangan sokongan yang lain.
  • Pada tahun 1995, bahagian pentadbiran Yayasan Islam Perlis sekali lagi berpindah ke bangunan yang dibeli sendiri dan bilangan kakitangan juga melalui proses penambahan. Sehingga sekarang semua urusan pentadbiran Yayasan Islam Perlis adalah di bangunan tersebut.
  • Sehingga kini, jumlah kakitangan yang dibawah pengurusan YIPs adalah seramai 36 orang termasuk guru-guru serta kakitangan lantikan YIPs di Sek. Men. Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah dan Sekolah Rendah Islam I,II DAN III.

  • Melalui beberapa fasa perubahan pengurusan dari semasa ke semasa, YIPs kini dilihat berada pada fasa pemulihan dari segi pengurusan dengan mensasarkan pencapaian yang lebih tinggi dari segi pemantapan pengurusan kewangan serta penjanaan pendapatan melalui kegiatan ekonomi yang dibenarkan untuk dijalankan melalui rang undang-undang penubuhan YIPs iaitu Enakmen Bilangan 4 Tahun 1987.