Fungsi Bahagian
Unit Khidmat Pengurusan
Unit Khidmat Pengurusan merupakan jentera penggerak segala aktiviti yang dijalankan oleh semua jentera pentadbiran. Di samping itu, ia juga bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh Lembaga. Seterusnya, ia bertangungjawab mengawal dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh bahagian-bahagian lain. bertanggungjawab mengenai perlantikan, kenaikan pangkat, disiplin, tatatertib dan persaraan. Ia juga bertanggungjawab dalam aspek kebajikan , latihan dan kursus kepada kakitangan.
Unit Kewangan
Unit Kewangan bertanggungjawab menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bahagian pentadbiran Yayasan Islam Perlis dan unit-unitnya di samping mengawasi segala pendapatan, perolehan dan harta-harta wakaf serta menguruskan peruntukan perbelanjaan yang diluluskan.
Unit Pembangunan Ekonomi Dan Iktisad
Unit Pembangunan Ekonomi dipertanggungjawab merancang dan meningkatkan pembangunan ekonomi, pelaburan dan pemasaran saham yang tidak menyalahi undang-undang bagi mendapatkan keuntungan. Melalui keuntungan itu Yayasan Islam Perlis dapat menjalankan kegiatan-kegiatan amal dan kebajikan pada masa hadapan di samping meningkatkan lagi pemilikan harta umat Islam dan pencapaian ekonomi.