Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan Ke Sekolah Rendah Islam 1

Tarikh: 28 April 2025 (Isnin)

Masa: 9.45 pagi

Tempat: Sekolah Rendah Islam 1

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah hadir ke SRI 1 untuk lawatan kerja, diiringi oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Tuan Rose Aza bin Che Arifin dan Pengarah Yayasan Islam Perlis, Tuan Noorhamizi bin Mohd Yaacob serta Guru Besar SRI 1, Ustaz Saifur Ridzwan bin Mustafa

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada beliau sering mengambil berat tentang sistem pendidikan di negeri Perlis.




Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis