Penyertaan Yayasan Islam Perlis ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 1446H/2025M

Tarikh : 12 April 2025 (Sabtu)

Masa : 11.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Dewan 2020, Kangar, Perlis

Penyertaan Yayasan Islam Perlis ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 1446H/2025M pada 12 April 2025 (Sabtu) yang telah berlangsung di Dewan 2020, Persiaran Wawasan Kangar, Perlis.

Pada tahun ini, YIPs telah diberi amanah untuk menyediakan menu kambing golek dan air balang kepada semua pengunjung yang hadir. Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja YIPs yang bertungkus lumus menghiasi khemah bagi memeriahkan lagi suasana disepanjang majlis berlangsung.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Perlis yang telah memberi kepercayaan kepada Yayasan Islam Perlis dalam penyertaan pada tahun ini. Alhamdulillah amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.




Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis