Kunjungan Hormat Pengarah Syarikat Seni Urus Sdn Bhd Terhadap Pengarah Yayasan Islam Perlis

 Tarikh : 19 Mac 2025 (Rabu) / 18 Ramadhan 1446
 Tempat: Pejabat YIPs 

Menerima kunjungan daripada syarikat Seni Urus Sdn.Bhd. diwakili oleh Datuk Abd Rashid Idris, Haji Zulkifli Kasim dan Encik Mohd Zaidi Mohd Junid bersama 2 orang pegawai manakala Yayasan Islam Perlis diwakili oleh Tuan Noorhamizi bin Mohd Yaacob (Pengarah) bersama pegawai.

Tujuan kunjungan adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang yang tertumpu kepada teknologi EV (Electric Vehicle).

Tuan Pengarah berbesar hati menerima sumbangan 1 unit pengecas kenderaan eletrik bagi kegunaan umum. Dalam masa terdekat ini, YIPs akan menjadi antara penyedia stesen pengecas kenderaan eletrik sekitar negeri Perlis.




Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis