Program Bakul Ramadan Yayasan Islam Perlis 1446H dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong
Program Bakul Ramadan Yayasan Islam Perlis 1446H dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong telah diadakan pada:
Tarikh : 24 Mac 2025/23 Ramadhan 1446H
Masa. : 10.30 pagi
Tempat: Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong
Program ini telah memasuki tahun ke-3 penganjuran dengan DUN Bintong dan Chuping telah terpilih bagi tahun 1446H. Seramai 20 orang asnaf terpilih layak menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur serta sedikit sumbangan tunai bagi meringankan beban sepanjang Ramadhan ini.
YIPs diwakili oleh Tuan Noorhamizi b.Mohd Yaacob (Pengarah) serta beberapa pegawai dan staf. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail serta kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong diatas bantuan serta kerjasama yang diberikan bagi merealisasikan program ini.
Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis