Program Bakul Ramadan Yayasan Islam Perlis 1446H dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Chuping
Program Bakul Ramadan Yayasan Islam Perlis 1446H dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Chuping telah diadakan pada:
Tarikh : 19 Mac 2025/18 Ramadhan 1446H
Masa. : 9.30 pagi
Tempat: Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Chuping
Program ini telah memasuki tahun ke-3 penganjuran dengan DUN Chuping dan Bintong telah terpilih bagi tahun 1446H. Seramai 20 orang asnaf terpilih layak menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur serta sedikit sumbangan tunai bagi meringankan beban sepanjang Ramadhan ini.
YIPs diwakili oleh Tuan Noorhamizi b.Mohd Yaacob (Pengarah) serta beberapa pegawai dan staf. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Tuan Haji Saad Bin Seman serta kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Chuping diatas bantuan serta kerjasama yang diberikan bagi merealisasikan program ini.
Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis