Penyertaan Yayasan Islam Perlis ke Sukan Antara Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) 2024 Bagi Acara Sukaneka dan Majlis Penutup SUKIPs 2024
Tarikh : 7 Disember 2024 (Sabtu)
Tempat : JAIPs Training Centre Guar Jentik, Perlis
Penyertaan Yayasan Islam Perlis ke Sukan Antara Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) 2024 bagi acara sukaneka dan majlis penutup SUKIPs 2024 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertempat di JAIPs Training Centre Guar Jentik, Perlis. Pada sebelah pagi, Tuan Noorhamizi bin Mohd Yaacob (Pengarah YIPs) telah menyertai acara Kayuhan MAIPs Peduli bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Agensi Agama.
Alhamdulillah, YIPs telah memenangi pingat bagi hampir semua acara sukan yang dipertandingkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang pingat. Tahniah kepada pasukan JAIPs yang telah menjuarai keseluruhan acara. Tahniah juga diucapkan kepada Pejabat Duli Yang Maha Mulia Perlis yang akan menjadi tuan rumah SUKIPs bagi edisi berikutnya yang dijangka akan diadakan pada tahun 2026.
Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis