Program Gotong-Royong Membersihkan Rumah Pegawai YIPs
Tarikh : 3 Disember 2024 (Selasa)
Tempat : Taman Tabung Haji , Jitra
Program gotong-royong membersihkan rumah salah seorang pegawai YIPs, Puan Rodzana binti Zaidun yang terkesan akibat bencana banjir di Taman Tabung Haji Jitra, Kedah. Turut serta dalam program ini, Tuan Noorhamizi bin Mohd Yaacob (Pengarah YIPs). Tuan Pengarah berkesempatan menyerahkan sumbangan berupa sarapan pagi kepada penduduk sekitar yang turut terkesan akibat bencana banjir.
Alhamdulillah, pihak pengurusan YIPs telah berjaya mengumpul sumbangan kilat yang telah diserahkan oleh Encik Mohd Sharif bin Saad (Penolong Pengarah) dengan disaksikan oleh Pengarah YIPs. Semoga dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban dan kekal tabah dalam menghadapi ujian ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan lelaki yang telah menyertai program ini.
Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis