Khamis | 22 Ogos 2024 - Yayasan Islam Perlis (YIPs) telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada Rumah Kanak-Kanak (RKK) Arau sempena Program Bulan Kemerdekaan Bagi Penghuni Institusi Rumah Kanak-Kanak Arau Perlis Tahun 2024. Pengarah YIPs Tuan Noorhamizi Bin Mohd Yaacob telah menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengetua Rumah Kanak Kanak Arau, En Mohd Hairi Bin Hashim.