PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH RENDAH ISLAM 1,2,3 DAN ALMAAD OLEH GITN SDN BERHAD
 
Majlis penyampaian sumbangan kepada Sekolah Rendah Islam SRI 1,2,3 dan SMA Al-Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah oleh GITN SDN BHD telah diadakan pada 28 Disember 2023 bertempat di bilik Mesyuarat Utama YIPs. Pihak Yayasan Islam Perlis berbesar hati menerima sumbangan daripada Syarikat GITN Sdn. Berhad untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Perlis. Majlis penyampaian sumbangan dihadiri oleh wakil Syarikat, iaitu Encik Mohd Kamal Ariffin Bunyamin (Pengurus Pematuhan & Khidmat Korporat) dan Encik Raffi Zuhaily Yahya (Pengurus State Business Operations Kedah Perlis). Pengarah Yayasan Islam Perlis, Tuan Noorhamizi Bin Mohd Yaacob dan Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs menyaksikan penyampaian sumbangan. Wakil Pengetua dan Guru-Guru Besar hadir untuk menerima sumbangan.
Pihak Sekolah Rendah Islam 1, 2, 3 dan AlMaad serta Yayasan Islam Perlis mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dari keperihatinan Syarikat GITN Sdn. Berhad. Ini adalah langkah permulaan untuk pihak Yayasan Islam Perlis dan Syarikat GITN Sdn. Berhad untuk berkolaborasi di masa hadapan.