Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

KHAMIS, 21 Disember 2023 I Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan bertempat di Pejabat Yayasan Islam Perlis bagi meraikan salah seorang kakitangan YIPs yang akan bersara wajib pada 23 Disember 2023. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Norma binti Hassan (Pembantu Awam Gred H11) di atas segala sumbang bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama YIPs selama 15 belas tahun.
Harapan warga kerja YIPs agar beliau dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat sejahtera dan dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang. Pihak pengurusan YIPs juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dalam perhubungan disepanjang tempoh beliau bertugas di YIPs.