Sesi Penyerahan Sumbangan Ikhlas di Rumah Kanak-Kanak Arau

Sesi penyerahan sumbangan ikhlas set pakaian solat (telekung) kepada penghuni Institusi Rumah Kanak-Kanak Arau Perlis daripada Yayasan Islam Perlis. YIPs diwakili oleh Puan Rodzana binti Zaidun (Penolong Pengarah Kewangan), Puan Baidura (dari bahagian kewangan), Encik Mubarak dan Encik Saiful . Semoga pakaian solat ini digunakan dengan sebaik mungkin dan dapat dimanfaatkan oleh semua warga penghuni institusi tersebut.