- Read Time: 2 mins
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025 KERAJAAN NEGERI PERLIS
Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Islam Perlis telah diadakan pada :
Tarikh : 19 April 2026 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kangar.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor (AMMK Pendidikan). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr. Khairul Anuar bin Saad (Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis), Tuan Noorhamizi bin Mohd Yaacob (Pengarah Yayasan Islam Perlis) serta Puan Siti Affieni binti Roslan (Penolong Pengarah Kewangan) Yayasan Islam Perlis. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran para Pengetua dari 14 buah sekolah menengah di negeri Perlis yang tersenarai sebagai penerima anugerah dan para ibu bapa yang diraikan bersama pelajar-pelajar yang mendapat Straight A's bagi peperiksaan SPM 2025.
Seramai 54 orang pelajar telah menerima sijil anugerah yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi semua A dalam matapelajaran SPM tahun 2025 yang diduduki.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini
Sumber : Facebook Rasmi Yayasan Islam Perlis

keatas dan Firefox 3.5
keatas. Resolusi terbaik 1024 x 768